Tuesday, April 16, 2013

National unity in Malaysia

Salam... hi...

it come again.. another task.. 

"What had i thought and feeling to the need for national unity in Malaysia"

what have you think that i will think... i am a normal and natural person, who like life in peace and harmony. no one wants life in chaos because we live in one unity that had various ethnics.


TBC


mood: sleepy

Friday, April 12, 2013

Fahaman Pemikiran & Etika


  • Sekularisme
  • Kekuasaan Manusia (Manpower)
  • Liberalisme
  • Modenisme
  • Humanisme

SEKULARISME
  • Sekularisme adalah satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Ia berperanan untuk melahirkan idea dan nilai secular dalam jiwa setiap individu masyarakat dan mendaulatkan negara sekundar.
  • Sekularisme berkaitan dengan urusan keduniaan yang mencakupi skop kehidupan dunia yang menumpukan persoalan kebendaan semata-mata.
  • Ia juga memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara.
  • Prinsip sekularisme  menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terlebih dahulu terhasil melalui ujikaji bukan hasil doktrin agama (spt kitab dan wahyu).

Definasi sekularisme
  • J.A.Amurray & H.Bradley 1994 - Sekular yang bermaksud masa dan tempat, masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan dan tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia yang nyata.
  • St Edmund 1290 - sekular hanya bertujuan melahirkan kehidupan tidak beragama, bukan beragama atau tidak kudus atau boleh dijelaskan sebagai pemisahan secara mutlak agama dengan dunia.
  • Donald , Tyerman 1970 - Humanisme
  • A.Hornby, E.V.Gatenby, H.Wakefield - Pendidikan moral mesti dipisahkan dari agama kerana Sekular tidak berhubungan dengan agama atau kerohaniaan.
  • The Encyclopedia Americana - Sekularisme ialah suatu system tatasusila yang didasarkan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan terlepas dari ajaran agama atau alam ghaib.
  • Martin H.Manser T.T Clark - Mentakrifkan sekularisme sebagai melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan spiritual dan metafizik.
  • Nicollo Machiavelli - Pemisahan antara urusan politik daripada ajaran agama.

Negara Sekular
  • Negara sekular merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut, sejajar dengan kedaulatan negara kapitalisme atau negara komunis.
  • Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menhalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Sebuah Negara yang menganut fahaman pemisah secara tegas antara agama dan negara.
  •  Dalam istilah politik merupakan satu gerakan kea rah pemisahan antara agama dan kerajaan.
  • Banyak kaitan dengan zaman kesedaran Eropah dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dalam masyarakat barat. Jada golongan sekular lebih mempercayai ahli politik dalam membuat keputusan bagi setiap urusan kehidupan termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hukum agama.
  • Penyebaran doktrin sekular tersebar kepada manusia untuk menjamin kesejahteraan hidup terutamanya mereka yang tiada panduan hidup dan ketandusan agama.
  • Prinsip doktrin sekular yang perlu diaplikasi dalam sebuah kehidupan masyarakat sekular adalah:-
  • Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
  • Sains sebagai panduan hidup bagi manusia
  • Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula unuk mencari kebaikan tersebut.  

Sejarah kemunculan sekularisme
  • Penentangan dan Pengasinagn kuasa gereja
  • Sekularisme bertapak di Negara Barat pada abad pertengahan iaitu zaman pembaharuan Eropah, semasa penentangan dan pemberontakan nasionalisme pada kurun ke-17 Masihi.
  • Gerakan golongan Protestan yang menentang katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.

Kemunculan Teori Charles Darwin
  • Penemuan teori evolusi di perkenalkan oleh Charles Robert Darwin. Beliau merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. beliau mengembara sambil melakukan penelitian ilmiah selama 20 tahun. Hasil penelitian yang beliau lakukan melahirkan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi bentuk makhluk hidup yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan.  
  • Masyarakat menganggap teori evolusi hanyalah konsep biologi dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan kehidupan. Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana teori evolusi ini bertukar sebagai wadah penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang iaitu falsafah materialism atau kebendaan.
  • Falsafah materialism mengandungi kepalsuan tentang asal kejadian manusia yang ada kaitan dengan matlamat utamanya iaitu kebendaan sehingga mampu menolak konsep kewujudan Pencipta.
Fahaman Sekularisme tersebar melalui
  • Pendidikan
  • Media massa
  • Undang-undang


KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
  • Berlaku apabila manusia bercita-cita tinggi dan menggunakan akal untuk mencapainya.
  • Jika manusia menggunakan akalnya dengan bijaksana dia akan membentuk nilai moral yang baik dan sebaliknya.


LIBERALISME
  • Falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme
  • Menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang
  • Prinsip liberalisme adalah seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendiriaan pasaran bebas dan ketulusan system pemerintahan.
  • Sokongan keatas kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, yang mana semua rakyat mempunyai hak yang sama rata.
  • Fahaman liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan atau dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan social atau kebebasan moral.
  • Mempunyai gagasan pemikiran iaitu individu lebih penting daripada masyarakat, masyarakat hidup demi individu, individu beba daripada nilai-nilai agama.
  • Moral agama digantikan dengan etika yang berperanan menyekat krisis yang berlaku dalam masyarakat.


MODENISME
  • Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
  • Pada tahap pertama, manusia yakin dengan akal yang resional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
  • Tahap kedua bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial dan keruntuhan pada pegangan trasdisional dan agama.
  • Tahap ketiga bermula semasa berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga berlakunya masalah pada keamanan sejagat.